AL-QURAN PANDUAN HIDUP

Pendahuluan

Apabila keimanan kepada Allah mantap dan kukuh tertanam di dalam hati, ia akan melahirkan perbuatan dan amalan yang menyinari kehidupan seseorang. Daripada manusia inilah munculnya kasih sayang, timbang rasa, rela berkorban dan seumpamanya daripada sifat-sifat mulia. Mereka adalah insan yang membentuk tamadun gemilang dalam kehidupan dunia. Tidak ada pada mereka perlakuan-perlakuan yang menimbulkan kerosakan, kecuali sekiranya terlanjur mereka akan cepat kembali ke jalan lurus. Namun untuk terus kekal dalam kekeruhan akhlak sama sekali tidak berlaku kepada mereka.

Anjuran Berpegang Dengan Quran

Nabi s.a.w. amat cakna dan menganjurkan umatnya meneliti serta mengkaji al-Quran dan seterusnya berpegang teguh denganya kerana teramat banyak manfaat di dalamnya. Imam al-Tirmidhi (Sunan, 10:147, bab ma ja’a fi fadl al-Quran, hadis no. 2831):

عَنْ ابْنِ أَخِي الْحَارِثِ الْأَعْوَرِ عَنْ الْحَارِثِ قَالَمَرَرْتُ فِي الْمَسْجِدِ فَإِذَا النَّاسُ يَخُوضُونَ فِي الْأَحَادِيثِ فَدَخَلْتُ عَلَى عَلِيٍّ فَقُلْتُ يَا أَمِيرَ الْمُؤْمِنِينَ أَلَا تَرَى أَنَّ النَّاسَ قَدْ خَاضُوا فِي الْأَحَادِيثِ قَالَ وَقَدْ فَعَلُوهَا قُلْتُ نَعَمْ قَالَ أَمَا إِنِّي قَدْ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ أَلَا إِنَّهَا سَتَكُونُ فِتْنَةٌ فَقُلْتُ مَا الْمَخْرَجُ مِنْهَا يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ كِتَابُ اللَّهِ فِيهِ نَبَأُ مَا كَانَ قَبْلَكُمْ وَخَبَرُ مَا بَعْدَكُمْ وَحُكْمُ مَا بَيْنَكُمْ وَهُوَ الْفَصْلُ لَيْسَ بِالْهَزْلِ مَنْ تَرَكَهُ مِنْ جَبَّارٍ قَصَمَهُ اللَّهُ وَمَنْ ابْتَغَى الْهُدَى فِي غَيْرِهِ أَضَلَّهُ اللَّهُ وَهُوَ حَبْلُ اللَّهِ الْمَتِينُ وَهُوَ الذِّكْرُ الْحَكِيمُ وَهُوَ الصِّرَاطُ الْمُسْتَقِيمُ هُوَ الَّذِي لَا تَزِيغُ بِهِ الْأَهْوَاءُ وَلَا تَلْتَبِسُ بِهِ الْأَلْسِنَةُ وَلَا يَشْبَعُ مِنْهُ الْعُلَمَاءُ وَلَا يَخْلَقُ عَلَى كَثْرَةِ الرَّدِّ وَلَا تَنْقَضِي عَجَائِبُهُ هُوَ الَّذِي لَمْ تَنْتَهِ الْجِنُّ إِذْ سَمِعَتْهُ حَتَّى قَالُوا] إِنَّا سَمِعْنَا قُرْآنًا عَجَبًا يَهْدِي إِلَى الرُّشْدِ فَآمَنَّا بِهِ[مَنْ قَالَ بِهِ صَدَقَ وَمَنْ عَمِلَ بِهِ أُجِرَ وَمَنْ حَكَمَ بِهِ عَدَلَ وَمَنْ دَعَا إِلَيْهِ هَدَى إِلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ خُذْهَا إِلَيْكَ يَا أَعْوَرُ.

Maksud:

Daripada Ibn Akhi al-Harith al-A‘war katanya: Aku melewati masjid, manakala orang ramai sedang tenggelam dalam perbualan mereka yang batil. Lalu aku masuk menemui Ali dan aku berkata: “Wahai Amirul Mukminin, apakah anda tidak perhatikan bahawa orang ramai sedang tenggelam dalam percakapan.” Katanya: “Sesungguhkah mereka telah pun melakukannya?” Kataku: “Benar.” Ali berkata: “Adapun aku sesungguhnya telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Ingatlah sesungguhnya akan terjadi fitnah.” Lalu aku (Ali) bertanya: “Apakah jalan keluar daripada fitnah itu wahai Rasulullah?” Jawab Nabi: “Kitab Allah, dalamnya ada perkhabaran apa yang berlaku sebelum kamu, juga perkhabaran yang akan berlaku selepas kamu; hukum ketetapan di kalangan kamu, al-Quran adalah kata pemutus yang benar, bukan olok-olok, sesiapa yang meninggalkannya kerana keangkuhan, nescaya Allah akan membinasakannya, sesiapa yang mencari pertunjuk pada yang selainnya akan disesatkan oleh Allah, ia (al-Quran) adalah tali Allah yang kukuh, pengingat yang bijaksana, ia adalah jalan yang lurus, dialah yang tidak sekali-kali boleh diselewengkan hawa nafsu, mudah disebut oleh lidah-lidah, para ulama sentiasa tidak puas-puas (mengkaji, meneliti dan membacanya), tidak merasa jemu dengan banyak mengulangi (bacaannya), tidak berkesudahan keajaibannya, dialah yang para jin tidak tertahan apabila mendengarnya hingga mereka berkata: (sesungguhnya kami telah mendengar bacaan yang menakjubkan, yang membawa kepada pertunjuk, lantas kami beriman dengannya), sesiapa yang berkata-kata dengannya (al-Quran) nescaya akan benarlah (perkataannya), sesiapa yang beramal dengannya diberi ganjaran pahala, sesiapa yang berhukum dengannya akan berlaku adil, barangsiapa yang menyeru kepadanya akan diberi pertunjuk ke jalan yang lurus. Berpeganglah kepada al-Quran ini wahai A‘war”.

Al-Quran Ditinggalkan

Hari ini, banyak kalangan umat Islam yang telah melupakan al-Quran. Mereka tidak mengetahui hak-hak al-Quran sebagai seorang Muslim sama ada mereka rakyat, pemerintah (pemimpin), ketua, imam, peniaga, peladang, dan sebagainya. Panduan al-Quran dilupakan sama sekali, diambilnya panduan daripada fikiran manusia yang tidak beriman kepada Allah. Benarlah Allah menyebut doa yang dibimbangi Nabi SAW: Terjemahan: “Dan berkatalah Rasul: “Wahai Tuhanku Sesungguhnya kaumku telah menjadikan al-Quran ini satu perlembagaan yang ditinggalkan, tidak dipakai”. (Surah al-Furqan, 25: 30)

Firman Allah SWT:Ÿ

Terjemahan:Maka Demi Tuhanmu (Wahai Muhammad)! Mereka tidak disifatkan beriman sehingga mereka menjadikan engkau hakim dalam mana-mana perselisihan yang timbul di antara mereka, kemudian mereka pula tidak merasa di hati mereka sesuatu keberatan dari apa yang telah engkau hukumkan, dan mereka menerima keputusan itu dengan sepenuhnya.(Surah al-Nisa’, 4: 65)

Wajib Melaksanakan Hukum Hakam al-Quran

Kitab suci al-Quran mengandungi hukum-hakam yang wajib dilaksanakan. Demikian menurut penegasan Prof. Dr. Salleh bin Ghanim al-Sadlan (Wujub Tatbiq al-Syari‘at al-Islamiyyah fi Kulli ‘Asr, 1997: 29-310):“Allah SWT tidak menyerahkan kepada seorangpun dari kalangan hamba-hamba-Nya; tidak kepada Rasul, Nabi, Imam, Wali dan tidak kepada selain mereka untuk mereka mensyariatkan kepada manusia dari hokum-hukum yang mereka kehendaki menurut pandangan mereka sendiri, maka bagaimana mereka boleh bersetuju dengan hokum-hukum tersebut”?“Hendaklah para Hukkam (Pemerintah dan Pemimpin) ketahui bahawa kesejahteraan rakyat berada dalam lingkungan batasan yang Allah telah syariatkan; maka tidak sah bagi mereka itu untuk melampaui batasan-batasan Allah dan menyalahi hukum-hukum-Nya dan keluar daripada suruhan-Nya dan tegahan-Nya serta berlaku sombong atas syariat-Nya. Hendaklah diketahui bahawa memerintah (memimpin) dalam Islam bukanlah memperoleh darjat ketinggian, kenikmatan disanjung dan kebesaran, kepimpinan itu adalah tanggungjawab (mas’uliyyat) yang berat dan meletihkan tubuh badan. Berjaga pada malam hari, mengawal dan mengawasi demi kemaslahatan dan kebajikan rakyat”.Kebaikan manusia, dunia dan akhirat, jasmani dan rohani terhenti pada tertegaknya syariat Allah dalam masyarakat manusia. Allah peringatkan dalam al-Quran:

Terjemahan: Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar. dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan.(Surah al-Haj, 22:41)

Pemerintahan dan kepimpinan itu satu amanah yang berat dan tanggungjawab yang penting (fadihatun amamallah). Antara amanah tersebut ialah menjaga mereka yang di bawah seliaannya beramal dan bekerja menurut apa yang termaktub dalam kitab Allah dan Sunnah Rasulullah SAW.

Al-Imam Abu Yusuf (al-Kharraj: 117-118) berpesan kepada Harun al-Rasyid:“Dan bekerjalah menurut pandanganmu apa yang membawa kebaikan kepada kaum Muslimin, dan sebarkanlah manfaat untuk rakyat yang khusus dan rakyat umum dan tunduklah kamu pada agamamu; dan setiap apa yang kamu lihat bahawa Allah membaikkan dengannya akan urusan rakyat, maka lakukanlah dan jangan bertangguh, aku benar-benar berharap dengan yang demikian itu kamu memperoleh ganjaran yang besar dan balasan yang paling afdal”.Apa yang dinyatakan di atas, jelas menunjukkan bahawa pengabaian, penyelewengan dan penipuan oleh pemerintah atau pemimpin terhadap tanggungjawab besar ini dianggap oleh Islam sebagai suatu pengkhianatan. Allah SWT berfirman:

Terjemahan: Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan Rasul-Nya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya).(Surah al-Anfal, 8:27)

Kepimpinan Yang Jujur dan Amanah

Kejujuran dan amanah yang sebenar adalah bilamana seseorang itu tidak menyimpang daripada titah perintah al-Quran. Bagi seorang pemimpin, mereka diperingatkan oleh Islam agar bersikap jujur dan amanah. Dalam ertikata yang lain, mereka hendaklah mengikut panduan al-Quran dalam mentadbir dan mengurus kepentingan rakyat jelata.

Rasulullah SAW bersabda (Muslim, Sahih, بَاب اسْتِحْقَاقِ الْوَالِي الْغَاشِّ لِرَعِيَّتِهِ النَّارَno.203 dan pada bab: فَضِيلَةِ الْإِمَامِ الْعَادِلِ وَعُقُوبَةِ الْجَائِرِ وَالْحَثِّ عَلَى الرِّفْقِ بِالرَّعِيَّةِ وَالنَّهْيِ عَنْ إِدْخَالِ الْمَشَقَّةِ عَلَيْهِمْ hadis no.3409 dari Kitab al-Imarah):

حَدَّثَنَا شَيْبَانُ بْنُ فَرُّوخَ حَدَّثَنَا أَبُو الْأَشْهَبِ عَنْ الْحَسَنِ قَالَعَادَ عُبَيْدُ اللَّهِ بْنُ زِيَادٍ مَعْقِلَ بْنَ يَسَارٍ الْمُزنِيَّ فِي مَرَضِهِ الَّذِي مَاتَ فِيهِ قَالَ مَعْقِلٌ إِنِّي مُحَدِّثُكَ حَدِيثًا سَمِعْتُهُ مِنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَوْ عَلِمْتُ أَنَّ لِي حَيَاةً مَا حَدَّثْتُكَ إِنِّي سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَا مِنْ عَبْدٍ يَسْتَرْعِيهِ اللَّهُ رَعِيَّةً يَمُوتُ يَوْمَ يَمُوتُ وَهُوَ غَاشٌّ لِرَعِيَّتِهِ إِلَّا حَرَّمَ اللَّهُ عَلَيْهِ الْجَنَّةَ.

Maksud:

Telah menceritakan kepada kami Syaiban bin Farrukh telah menceritakan kepada kami Abu al-Asyhab dari al-Hasan dia berkata, “Ubaidullah bin Ziyad mengunjungi Ma‘qil bin Yasar al-Muzani yang sedang sakit dan menyebabkan kematiannya. Ma‘qil lalu berkata: Sungguh! Aku ingin menceritakan kepadamu sebuah hadis yang aku pernah mendengarnya dari Rasulullah SAW, sekiranya aku mengetahui bahawa aku (masih) memiliki kehidupan, niscaya aku tidak akan menceritakannya. Sesunguhnya aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa diberi beban oleh Allah untuk memimpin rakyatnya lalu mati dalam keadaan menipu rakyat, niscaya Allah mengharamkan Syurga atasnya.”

Sabdanya lagi:

مَا مِنْ أَمِيرٍ يَلِي أَمْرَ الْمُسْلِمِينَ ثُمَّ لَا يَجْهَدُ لَهُمْ وَيَنْصَحُ إِلَّا لَمْ يَدْخُلْ مَعَهُمْ الْجَنَّةَ.

Maksud:

“Tidak seorang pemimpin pun yang mengurusi perkara kaum muslimin, kemudian dia tidak bersungguh-sungguh bekerja untuk mereka dan menasihatinya, kecuali ia pasti tidak akan masuk Syurga bersama mereka”.

Ketaatan kepada pemimpin adalah bersyarat sejauhmana berlakunya ketaatan mereka kepada Allah dan Rasul-Nya. Apabila mereka menyimpang daripada mentaati Allah dan Rasul-Nya dan berpaling daripada paksi keadilan, maka tidak ada ketaatan dan kepatuhan kepadanya. Allah menegaskan dalam al-Quran:

Terjemahan:

Dan Jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaan Allah semata-mata; dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia; dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami dalam al-Quran, serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran. (Surah al-Kahfi, 18: 28)

Firman-Nya lagi:

Terjemahan:

“Dan janganlah kamu taati perintah orang-orang yang melampaui batas – Iaitu orang-orang yang melakukan kerosakan di bumi dan tidak membuat kebaikan”. (Surah al-Syu‘ara’, 26: 151-152)

Penutup

Sesungguhnya al-Quran memberi panduan lengkap untuk kehidupan umat manusia sejagat. Panduan ini datang daripada Allah SWT yang menghendaki agar manusia yang menjadi khalifah di bumi patuh dan taat kepada-Nya. Amat tidak wajar bagi manusia yang menikmati kurniaan Allah dalam segenap perkara tetapi pada masa yang sama membelakangkan panduan yang Allah berikan kepada mereka.

Manusia pada hakikatnya tidak memiliki apa-apa. Segala yang dimilikinya adalah pinjaman dan bersifat sementara belaka. Justeru mengapa masih berdegil untuk tidak mahu kembali kepada ajaran Allah?

Advertisements
1 comment
  1. naqiy said:

    apabila manusia mengamalkan al-quran, pasti mempunyai akhlak terpuji. semoga akhlak kita sentiasa menurut ajaran al-quran, inshaAllah. terima kasih ats perkongsian Dr.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: