No: 1

Publisher : UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
Press (2003)
Pages: 82
Price: MYR 12.00
ISBN 983-52-0290-7
Language: Malay
Title: ISLAM ALTERNATIF PERPADUAN  SEJAGAT
Author: Ramli Awang

 

 

 

 

 

 

Sinopsis: Buku ini dibahagikan kepada tiga bahagian. Bahagian pertama memperkatakan soal perpaduan sejagat dan bagaimana Islam bertindak sebagai gagasan alternatif kepada masalah tersebut. Bahagian kedua pula memperkatakan soal perpaduan dan persaudaraan yang wujud antara sesama Islam. Sementara itu bahagian ketiga membicarakan berkenaan dengan masyarakat majmuk dan kerukunan beragama. Turut dibincangkan dalam bahagian ini ialah toleransi beragama supaya difahami dan dibezakan dengan konsep toleransi agama. Pemahaman terhadap dua aspek tersebut amat penting dalam sesebuah masyarakat majmuk seperti Malaysia demi menjaga kerukunan hidup masyarakatnya dan sekaligus menjalin hubungan perpaduan sesama mereka. Mudah-mudahan dengan terbitnya buku ini di tengah-tengah masyarakat Malaysia kini mampu memberi gambaran sebenar kepada pembaca bagaimana langkah yang seharusnya diambil untuk membentuk perpaduan sejagat dan persaudaraan sesama Muslim, di samping memahami aspek-aspek perbezaan dalam agama lain yang selama ini masih menghantui kewujudan persefahaman dan keharmonian antara kaum.

No: 2

Publisher : UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
Press (2012)
Pages: 355
Price: MYR 40.00
ISBN 978–983–52–0855–3
Language: Malay
Title: Akidah dalam Kehidupan Muslim: Analisis    Aspek–aspek Penyelewengan 
Author: Ramli Awang

 

 

 

 

 

Sinopsis: Perbincangan buku ini berkisar di  sekitar posisi akidah dalam kehidupan Muslim.  Akidah sering kali dianggap oleh sesetengah  orang tidak berkait dengan kehidupan nyata. Oleh  yang demikian, suasana kehidupan Muslim telah terpisah dengan akidah kepercayaannya. Kehidupannya berada pada satu pihak dan akidah kepercayaannya berada pada satu pihak yang lain. Sedangkan menurut Islam akidah bertindak sebagai teras kepada seluruh gerak laku kehidupan. Untuk menjelaskan hakikat ini aspek-aspek maratib tauhid dan syirik, Quran dan Sunnah sebagai manhaj dalam akidah serta syariat, tatacara berakidah kepada Allah dijelaskan kepada pembaca. Turut diketengahkan ialah faktor yang menyebabkan berlakunya penyimpangan daripada akidah yang benar serta langkah-langkah untuk membendung penyelewengan tersebut daripada terus berlaku. Selain itu, penulis memberikan beberapa contoh ajaran yang menyalahi akidah Islam. Buku ini sesuai untuk bacaan para pelajar, guru, pensyarah, kaum intelektual, dan umat Islam umumnya terutamanya mereka yang ingin mendalami ilmu akidah berasaskan metodologi Quran serta Sunnah.

No. 3 (2005)  OUT OF STOCK BUT COMING SOON WITH SECOND EDITION (REVISED)


Publisher : UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
Press (2005)
Pages: 200
Price: MYR 27.00
ISBN 983–52–0383–0
Language: Malay
Title: Akidah Penghayatan Tauhid Al–Quran
Author: Ramli Awang

 

 

 

 

 

 

 Sinopsis: Buku ini menjelaskan tentang akidah tauhid menurut konsepnya yang dikemukakan oleh kitab Suci al–Quran. Akidah Tauhid yang ingin disampaikan oleh al–Quran adalah untuk dihayati dan dimantapkan dalam jiwa. Akidah Tauhid bukannya untuk diperdebatkan dalam pemikiran seperti dalam falsafah Ilmu Kalam sehingga memberi kesan yang menyimpang. Akidah Tauhid hanya cukup dengan memahami konsep wujudnya Tuhan dalam akal semata–mata. Buku ini turut membincangkan metod al–Quran dalam membentangkan akidah tauhid dan sikap serta penyesalan tokoh ulama salaf terhadap Ilmu Kalam.

Buku ini sesuai sebagai rujukan para pelajar di Institusi Pengajian Tinggi dan pembaca yang ingin memahami dan menghayati konsep tauhid mengikut saranan al–Quran.

No. 4

978-983-52-0464-7 (1)Publisher : UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA Press (2008)
Pages: 259
Price: MYR 35.00
ISBN 978–983–52–0464–7
Language: Malay
Title: Dialog antara agama dari perspektif Al–Quran
Author: Ramli Awang

 

 

 

 

 

 

Sinopsis: Buku ini membahaskan tentang dialog al–Quran mengenai agama Sabi’in, Majusi, Nasrani (Kristian), Yahudi dan juga Musyrikin yang dianggap menyimpang dari kebenaran. Penyimpangan ini berlaku kerana adanya golongan manusia yang berpegang bahawa kebenaran berada dipihaknya dengan menafikan sumber yang ‘benar’ itu yang didatangkan oleh Allah. Al–Quran ‘bercakap’ dan memberi peringatan kepada mereka agar kembali ke jalan yang lurus. Ungkapan–ungkapan seperti “katakanlah wahai manusia”, “katakanlah wahai orang–orang kafir” dan seumpamanya sering ditemui dalam dialog al–Quran ini. Dialog al–Quran juga mendedahkan kebatilan agama dan mengajak manusia berfikir tentang kebenaran tersebut. Turut dibincangkan ialah budaya dialog seharusnya berlangsung dalam hubungan antara agama pada masa kini. Buku ini amat sesuai untuk bacaan para pelajar (mahasiswa), pendidik, guru–guru agama, pengkaji perbandingan agama dan para pencinta kebenaran.

No.5

pi29tdPublisher : UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA Press (2003)
Pages: 165
Price: MYR 14.00
ISBN
Language: Malay
Title: Falsafah Sains & Pembangunan: ke arah Dimensi Baru
Author:  Ramli Awang

 

 

Sinopsis: Buku ini bertujuan menjelaskan konsep Falsafah Sains dan Pembangunan sebagai sebahagian daripada tuntutan kehidupan dunia moden. Cetusan corak kemajuan ilmu sains Barat yang materialis terbukti gagal mencorakkan sebuah kehidupan harmoni yang dicita–citakan. Justeru kemajuan sains dan teknologi kini sekali–kali tidak boleh dipisahkan dari memiliki kesedaran spiritual (kerohanian) bagi mewujudkan kesejahteraan sejagat. Penulis menghujah pentingnya nilai keagamaan ditanamkan dalam pendidikan sains moden di Malaysia agar pembangunan negara berkembang selaras dengan tuntutan khalifah dan fitrah tujuan manusia diciptakan. Dibincangkan juga dalam buku ini salah faham sebahagian umat Islam terhadap subjek sains, dan kesedaran saintis Barat dalam mengkaji al–Quran dan membenarkan wahyu Allah. Selain itu turut dibincangkan metodologi berfikir untuk meraih kebenaran daripada perspektif al–Quran.

No. 6

islam dan kenegaraanPublisher : UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
Press (2012)
Pages: 190
Price: MYR 32.00
ISBN 978-983-52-0832-4
Language: Malay
Title: Falsafah Sains & Pembangunan: ke arah Dimensi Baru
Title: Islam: Pemikiran Kenegaraan & Pemerintahan
Author:  Ramli Awang

 

 

 

 

Sinopsis: Perbincangan yang dikemukakan dalam buku ini menyentuh aspek pemikiran politik kenegaraan Islam yang berbeza dengan corak pemikiran politik kenegaraan sekular. Juga dijelaskan berkenaan kekeliruan dalam kalangan umat Islam berhubung dengan amal keduniaan dan istilah politik. Kedua-duanya sering mengundang tafsiran yang salah dengan menganggap bahawa politik tidak termasuk dalam kategori ibadah kepada Allah. Walhal politik termasuk dalam ungkapan umum al-Quran hablun minannas (hubungan sesama manusia) yang diperintahkan oleh al-Quran supaya ditegakkan. Selain daripada itu, dibahaskan juga konsep Islam mengenai kenegaraan dan politik serta persoalan yang berkaitan dengannya seperti kesepaduan antara Islam dan politik, haram dipisahkan antara Islam dengan kedaulatan negara, hukum menegakkan sesebuah negara Islam, kewajipan pemerintah Islam dan seumpamanya. Kandungan buku ini juga membincangkan peranan dan tanggungjawab sesebuah negara Islam dalam usaha memelihara perpaduan dan mengekalkan penyatuan umat. Buku ini turut mengetengahkan konsep jihad dalam sebuah negara Islam, kategori negara Islam adil dan negara Islam zalim serta kewajipan rakyat Muslim berjihad, dan soal kezaliman politik yang sering berlaku serta bagaimana langkah-langkah yang perlu diambil demi mengekang daripada berlakunya aspek kezaliman lantaran ia akan meruntuhkan sesebuah negara.

No.7

kemahiran generik

Publisher : UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA Press (2012)
Pages: 140
Price: MYR 28.00
ISBN 978-983-52-0829-4
Language: Malay
Title: Kemahiran Generik Menurut Perspektif ISLAM
Title: Ramli Awang, Mohd Nasir Ripin, Zulkiflee Haron Al–Jauhariyy
Author:  Ramli Awang

 

 

 

 

 

Sinopsis:Buku ini menerangkan konsep kemahiran generik yang menjadi agenda utama dalam proses pembelajaran dan pengajaran di institusi pengajian tinggi ternama di serata dunia. Kefahaman terhadap kemahiran generik amat penting terutamanya kepada pelajar dan orang awam umumnya dalam rangka membina profesionalisme dalam kerjaya yang diceburi. Elemen seperti kemahiran berkomunikasi, kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah, pembelajaran sepanjang hayat, kerja berpasukan, penyesuaian dan keyakinan diri serta ciri berakhlak mulia dijelaskan secara ringkas dan mudah difahami. Keistimewaan buku ini adalah kerana kemahiran generik dihuraikan menurut perspektif Islam dengan disertakan contoh yang jelas daripada nas al–Quran, Sunnah dan sirah Rasulullah s.a.w. serta pandangan ulama. Buku ini sesuai dibaca oleh penggubal kurikulum, pemimpin organisasi, pensyarah, guru, dan pelajar serta pembaca umum.

No. 8

pemikiran islam

Publisher : UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA Press (2012)
Pages: 222
Price: MYR 35.00
ISBN 978-983-52-0838-6
Language: Malay
Title: Pemikiran Islam: Aliran & Gagasan
Author:  Ramli Awang

 

 

 

 

 

 

Sinopsis: Perbincangan yang dikemukakan dalam buku ini mendedahkan kepada pembaca berkenaan tasawwur sebenar pemikiran Islam dan aliran pemikiran utama yang ada dalam kalangan umat Islam pada zaman ini. Konsep tazkiyyah serta tasfiyyah dalam pemikiran diketengahkan penulis. Sebarang corak pemikiran yang tidak diasaskan di atas dasar tersebut akan gagal memupuk modal insan yang diberi amanah sebagai khalifah di bumi ini. Turut dibincangkan dalam buku ini adalah penjelasan al–Quran tentang akal dan konsepnya serta pemikiran umat Islam pada masa kini antara kesamaran dan realiti. Tidak terkecuali penulis juga memperkatakan perihal pentingnya pemikiran dahwah yang digiatkan usahanya dalam kalangan umat Islam bagi mengembalikan semula kegemilangan pemikiran Islam. Selain daripada itu, pembaca turut didedahkan dengan bahaya keracunan pemikiran kepada umat Islam. Buku ini sesuai untuk tatapan seluruh peringkat masyarakat Islam khususnya mereka yang ingin mendalami aspek penting dalam pemikiran Islam.

No. 9

sains tamadun islam

  • Publisher : UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA Press (2012)

Pages: 117
Price: MYR 27.00
ISBN 978-983-52-0834-8
Language: Malay
Title: Sains Tamadun Islam
Author: Ramli Awang, Zulkiflee Haron, Mohd Nasir Ripin

 

 

 

 

 

Sinopsis: Buku ini menjelaskan pencapaian sains dalam tamadun Islam, sumbangan sains Islam kepada dunia, dan perubahan yang berlaku dalam perkembangan sains mutakhir di barat hari ini yang menjurus kepada penyatuan antara sains dan agama. Zaman sains Islam yang melatari perkembangan ilmu sains telah berlangsung selama 800 tahun. Dalam jangka masa yang begitu panjang, sains Islam telah berjaya mencorakkan landskap dunia dengan ketamadunan unggul. Setelah dunia Barat mengambil alih kepimpinan sains pada kurun ke–16, dunia sains maju dalam bidang material tetapi telah menyingkirkan aspek spiritual–agama. Ini menyebabkan ilmu sains tidak lagi menjadi wasilah untuk manusia mendekatkan diri kepada Tuhan semesta alam. Akibatnya, dunia sains moden menghala ke arah mulhid lebih dekat berbanding menghampiri sempadan akidah tauhid.

Buku ini sesuai sebagai rujukan para pelajar sekolah, mahasiswa yang berada di institusi pengajian tinggi, guru sains, dan para pengkaji sains Islam.

No. 10

abdul qadir mandili

Publisher : UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA Press (2008)
Pages: 298
Price: MYR 35.00
ISBN 978-983-52-0478-4
Language: Malay
Title: Syeikh Abdul Qadir Al–Mandili (1910–1965): biografi dan pendidikan
Author: Ramli Awang, Zulkiflee Haron, Mohd Nasir Ripin


Sinopsis: Buku ini membicarakan biodata ringkas Syeikh Abdul Qadir Al–Mandili dan pandangan beliau berhubung dengan pendidikan akhlak. Perincian mengenai pendidikan akhlak yang dilakukan penulis menurut perspektif Mandili merangkumi akhlak batiniah tercela (madhmumah) seperti marah, dengki, cintakan kemegahan, cintakan dunia, takbur, ujub, bakhil serta riyak dan terapi yang seharusnya diambil bagi menghilangkan kecelaan akhlak tersebut. Selain daripada itu, dibincangkan juga aspek akhlak lahiriah dan kaedah memelihara anggota lahir agar tingkah laku seseorang itu sentiasa mendapat keredaan Allah. Buku ini turut mengupas sepuluh asas akhlak terpuji (mahmudah) yang menjadi teras kepada kehidupan yang tidak seharusnya luput dari amalan umat Islam seperti taubat, takutkan Allah, zuhud, sabar, syukur, ikhlas, tawakal, kasihkan Allah serta reda dengan qadak Allah Taala.

Buku ini sesuai untuk bacaan semua peringkat masyarakat khususnya mahasiswa, para pendidik, ibu bapa dan individu yang ingin membentuk peribadi serta generasi masa depan berakhlak mulia.

No. 11

978-983-52-0807-2

Publisher : UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA Press (2011)
Pages: 358
Price: MYR 25.00
ISBN 978-983-52-0807-2

Language: Malay
Title: Tamadun Islam & Tamadun Asia
Penyelenggara: Zulkiflee Haron, Ramli Awang, Mohd Nasir Ripin, Siti Norlina Muhamad, Farawahida Mohd Yusof

 

 

 

 

 

Sinopsis: Buku ini merupakan himpunan hasil penulisan bersama para pensyarah Fakulti Tamadun Islam, Universiti Teknologi Malaysia yang terlibat secara langsung dalam proses pengajaran dan pembelajaran TITAS. Buku ini terbahagi kepada lima bab. Bab 1 membincangkan tentang Pengenalan Ilmu Ketamadunan dari segi konsep tamadun; hubungan tamadun dengan agama, budaya, dan bangsa; ciri-ciri asas tamadun; objektif kursus ketamadunan; teori kelahiran, perkembangan, dan keruntuhan tamadun; interaksi antara pelbagai tamadun serta persamaan dan perbezaan antara tamadun. Bab 2 pula menumpukan kepada Tamadun Islam, iaitu dari segi konsep tamadun dalam Islam; sumber; asas dan matlamat Tamadun Islam; pandangan semesta Islam; dan ciri-ciri Tamadun Islam. Selanjutnya, Bab 3 memfokuskan kepada Tamadun Asia yang merangkumi Tamadun Melayu, China, dan India di mana fokus perbincangan adalah berkaitan dengan kelahiran, perkembangan, dan pencapaian serta pengaruh Islam dalam tamadun tersebut. Isu-isu Semasa Ketamadunan yang meliputi hegemoni Barat, globalisasi, Islam dan hak asasi manusia, Islam dan alam sekitar, konsep jihad dalam Islam, dialog peradaban, Islam dan dialog peradaban serta pendekatan dialog dalam 1Malaysia dibincangkan dalam Bab 4. Bab 5 merupakan bab penutup yang membincangkan tentang ilmu Islam tersebar ke Barat dan harapan sinar peradaban Islam.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: